Subscribe Twitter FaceBook

Pages


Thursday, 29 July 2010

Pendaftaran fasa kedua

Pihak urusetia KUNTUM 2 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dengan membuka fasa kedua untuk mendaftar.Penyertaan setakat ini sudah mencecah 70 orang.Kepada ahli-ahli PERUBATAN yang ingin menyertai dan belum mendaftar, sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup pendaftaran fasa kedua (terakhir) pada 3 Ogos 2010.

Monday, 26 July 2010

Peta Perjalanan Ke Asrama MARA, Iskandariah



sila klik gambar untuk paparan lebih besar


Sunday, 25 July 2010

Maklumat Perjalanan

Kepada para peserta yang datang dari luar Iskandariah,sila jadikan maklumat ini sebagai rujukan anda :

Dari Kaherah

1. Keretapi

Harga tiket daripada Kaherah ke Iskandariah berbeza mengikut kelas dan juga jenis train (boleh rujuk disini). Turun di Station yang terakhir iaitu Mahattah Misr. Ambil teksi ke Syari' Sezostris ( Depan Bank Misr) dengan harga di antara LE 3-LE 5.

2. Mikro Bas ( Tramco)

Jika anda memilih utk menaiki tramco, pastikan anda memilih tramco yang akan ke Mahattah Misr. Hal ini demikian kerana terdapat juga tramco yg ke Iskandariah tetapi destinasi terakhirnya berbeza seperti Sidi Beach, Al-asoforah, carefour dsb. Apabila anda memilih tramco ke Mahattah Misr, ini akan memudahkan urusan ke Asrama MARA (sebagaimana dgn train). Tambang adalah sekitar LE 20-LE 25


Dari Mansoura

1. Keretapi

Sama seperti perjalanan dr Kaherah

2. Mikro Bas , Peugeot

Destinasi terakhir bagi jenis kenderaan ini ialah di Mauaf Gadid (Maukuf Jadid). Ambil teksi dari Mauaf Gadid terus ke Syari' Sezostris ( Depan Bank Misr) dengan harga LE 5 dan ke atas bergantung pd budi bicara..


Dari tanta

1. Mikro Bas , Peugot

Sama seperti perjalanan dr Mansoura menggunakan mikro bas


Dari Zaqaziq

1.Mikro Bas, dll

Sama seperti perjalanan dr Mansoura menggunakan mikro bas

--------------------------------------------------------------

** Bagi akhawat yg tiba lewat malam tanpa musyrif, bantuan musyrif boleh DIPOHON...



PIHAK URUSETIA MENDOAKAN KEMUDAHAN SAHABAT SEKALIAN ...

"Enjoy The Summer"

Saturday, 24 July 2010

Tentatif KUNTUM 2

RABU, 04 OGOS

05.30 pm – 09.30 pm : Pendaftaran & layar impian

KHAMIS, 05 OGOS

08.00 am – 08.30 am : Perasmian program
-Ucapan Pengarah Program
-Ucapan Presiden PERUBATAN
-Ucapan Perasmi Program

08.30 am – 10.30 am : Pembentangan Kertas Kerja 1
(Zionisme-Bagaimanakah kita?) -Ustaz Mujahid bin fadzil
10.30 am – 11.00 am : Rehat dan Kudapan
11.00 am – 01.00 pm : Pembentangan Kertas Kerja 2
(Islam & Pemerintahan) -Ustaz Mujahid bin fadzil
01.00 pm ¬¬– 02.30 pm : Rehat dan Makan Tengah Hari
02.30 pm – 04.30 pm : Pembentangan Akademik 1
04.30 pm – 08.30 pm : Indoor game dan urus kendiri
08.30 pm – 11.30 pm : Tayangan Perdana

JUMAAT, 06 OGOS

07.30 am – 08.00 am : Sarapan
08.00 am – 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 3
(Hikmah Suruhan & Larangan) -Ustaz Azam bin Bahador
10.00 am – 10.30 am : Rehat dan Kudapan
10.30 am – 12.30 pm : Forum (Akhlaq Tokoh-tokoh Islam)
-Ustaz Azam & Ustazah Fathiyah & Abg Wafiy
12.30 pm – 02.30 pm : Solat Jumaat dan makan tengahari
02.30 pm – 04.30 pm : Pembentangan Akademik 2
(Perkongsian FIMA Camp dan pengenalan kerjaya)
04.30 pm – 08.30 pm : Outdoor game/Jaulah dan urus kendiri
08.30 pm – 10.30 pm : BBQ dan Tautan Ukhwah

SABTU, 07 OGOS

07.30 am – 08.30 am : Sarapan
08.30 am – 10.30 am : Pembentangan Kertas Kerja 5
(Perlukah Aku Beragama?) -Ustazah Ibtisam & ust Azam
10.30 am – 11.00 am : Rehat dan Kudapan
11.00 am – 01.00 pm : Perasmian penutup dan penyampaian cenderamata
1.00 pm - 1.30 pm : Makan tengahari
2.00 pm : Bersurai

Friday, 23 July 2010

Penginapan 'First Class' Utk Peserta...

Pihak urusetia berusaha untuk memastikan penginapan bagi perserta daurah pada kali ini kondusif dan dan selesa..

Antara kemudahan yang kami sediakan ialah :-

Bilik tidur yang pasti melenakan....


Dua buah desktop dilengkapi dengan WIFI...


Liputan WIFI selama 24 jam yang didapat diakses melalui komputer peribadi.....


Mesin basuh automatik utk mencuci baju sepanjang program....


3 bilik mandi, 3 tandas setiap aras .....


DAN


BANYAK LAGI KEMUDAHAN MENANTI ANDA.....

AYUHH !!!!!!!


DAFTAR SEKARANG.............

DAFTAR SEKARANG.............

DAFTAR SEKARANG.............

Monday, 19 July 2010

KUNTUM 2

Sambutan hebat diberikan oleh ahli2 PERUBATAN pada program KUNTUM siri 1 yang dianjurkan pada musim panas tahun lepas telah mencetuskan semangat kepada pihak penganjur untuk terus menjayakan usaha murni ini.Justeru,Pada tahun ini sekali lagi Persatuan PERUBATAN mengorak langkah menganjurkan program ini bagi membina kesinambungan untuk memastikan kualiti sahsiah,akademik,dan jati diri ahli-ahli PERUBATAN sentiasa dipertingkatkan.


KEMBARA UKHWAH DAN TSAQAFAH SUMMER 2010
(KUNTUM II)
sempena
"Enjoy The Summer 2010"

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pembangunan Insan PERUBATAN 10/11 akan menganjurkan program Kembara Ukhwah Dan Tsaqafah Summer 2010 (KUNTUM II).
Program ini merangkumi pembentangan kertas kerja,akademik,sukan,jaulah dan berbagai aktiviti menarik.

Butir-butir program seperti berikut:

Tarikh : 5,6,7 Ogos 2010
Tempat : Asrama MARA,Iskandariah
Sasaran : Ahli PERUBATAN yang tidak pulang ke Malaysia
Yuran Pendaftaran : -+ LE 50 *tertakluk kepada perubahan kecil
(yuran termasuk penginapan,makanan, Kertas kerja dan kos aktiviti sepanjang program.*tak termasuk pengangkutan)


Untuk pendaftaran,sila sms Nama,Muhafazah dan No.Tel kepada:

Ikhwah : 011-2258935 (Sollehuddin Isa)
Akhawat: 011-4456626 (Maisah Abd Rahman)

PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 27 JULAI 2010


**Maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa



Unit Publisiti Dan Pendaftaran KUNTUM II,
Biro Pembangunan Insan PERUBATAN 10/11